Thursday, 18 April 2013

Sukakah kamu menjadi si pelaku NAMIMAH (menghasut dan mengadu domba)?


Sukakah kamu menjadi si pelaku NAMIMAH (menghasut dan mengadu domba)?

Namimah adalah memindahkan sebahagian perkataan orang lain kepada sebahagian yg

lainnya dgn maksud mencelakakan dan mengadu domba di antara mereka serta disulami dusta.

Bahaya lisan memang tidak ada habisnya.  Ada pepatah yang mengatakan “mulutmu adalah harimaumu”, ini menunjukkan betapa bahayanya lisan ketika kita tidak menjaganya. Dan nilai seseorang ada pada lisannya, nilainya akan baik jika lisannya baik, atau sebaliknya.

Sikap Terhadap Pelaku Namimah

Imam An-Nawawi berkata, “Dan setiap orang yang disampaikan kepadanya perkataan namimah, dikatakan kepadanya: “Fulan telah berkata tentangmu begini begini. Atau melakukan ini dan ini terhadapmu,” maka hendaklah ia melakukan enam perkara berikut:


1.     Tidak membenarkan perkataannya…. kerana tukang namimah adalah orang fasik.
2.     Mencegahnya dari perbuatan tersebut serta menasihatinya dan mencela perbuatannya.
3.     Membencinya kerana Allah, kerana ia adalah orang yang dibenci di sisi Allah. Maka wajib membenci  orang yang dibenci oleh Allah.
4.     Tidak berprasangka buruk kepada saudaranya yang diperkatakan negatif oleh pelaku namimah.
5.     Tidak mencari-cari aib saudaranya hanya kerana angkara pelaku namimah .
6.     Tidak membiarkan diri kita turut ikut melakukan namimah tersebut, sedangkan dirinya sendiri melarangnya. Janganlah ia menyebarkan perkataan namimah itu dengan mengatakan,“Fulan telah menyampaikan padaku begini dan begini.” Dengan begitu ia telah menjadi tukang namimah kerana ia telah melakukan perkara yang dilarang tersebut.”.
 Kita wajib membenci sipelaku namimah (penghasut), sebab Allah membenci penghasut. Oleh kerana itu, sifat si pelaku namimah tersebut harus dijelaskan kepada masyarakat agar mereka berhati-hati terhadap orang itu.Sebagaimana firman Allah Ta’ala, yang artinya, “Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela, yang kian kemari menghambur fitnah.” (QS. Al Qalam: 10-11)


Bagaimana Melepaskan Diri dari Perbuatan Namimah


Wahai saudara perempuanku, janganlah rasa tidak suka atau hasad kita pada seseorang menjadikan kita berlaku jahat dan tidak adil kepadanya, termasuk dalam hal namimah. Betapa banyak perbuatan namimah yang terjadi kerana timbulnya hasad di hati. Lebih dari itu, hendaknya kita tidak memendam hasad (kedengkian) kepada saudara kita sesama muslim. Hasad serta namimah adalah akhlak tercela yang dibenci Allah kerana dapat menimbulkan permusuhan, sedangkan Islam memerintahkan agar kaum muslimin bersaudara dan bersatu bagaikan bangunan yang kukuh.


Rasulullah saw bersabda, “Janganlah kalian saling mendengki, saling membenci, saling bermusuhan, dan janganlah kamu menjual barang serupa yang sedang ditawarkan saudaramu kepada orang lain, dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (HR. Muslim)


Berusaha dan bersungguh-sungguhlah untuk menjaga lisan dan menahannya dari perkataan yang tidak berguna, apalagi dari perkataan yang boleh membuat saudara kita  merasa sakit hati dan dizalimi. Bukankah mulut seorang mukmin tidak akan berkata kecuali yang baik.