Sukakah kamu menjadi si pelaku NAMIMAH (menghasut dan mengadu domba)?
Namimah adalah memindahkan sebahagian perkataan orang lain kepada sebahagian yg
lainnya dgn maksud mencelakakan dan mengadu domba di antara mereka serta disulami dusta.
Bahaya lisan memang tidak ada habisnya. Ada pepatah yang mengatakan “mulutmu adalah harimaumu”, ini menunjukkan betapa bahayanya lisan ketika kita tidak menjaganya. Dan nilai seseorang ada pada lisannya, nilainya akan baik jika lisannya baik, atau sebaliknya.
Sikap Terhadap Pelaku Namimah
Imam An-Nawawi berkata, “Dan setiap orang yang disampaikan kepadanya perkataan namimah, dikatakan kepadanya: “Fulan telah berkata tentangmu begini begini. Atau melakukan ini dan ini terhadapmu,” maka hendaklah ia melakukan enam perkara berikut:
1. Tidak membenarkan perkataannya…. kerana tukang namimah adalah orang fasik.
Bagaimana Melepaskan Diri dari Perbuatan Namimah
Wahai saudara perempuanku, janganlah rasa tidak suka atau hasad kita pada seseorang menjadikan kita berlaku jahat dan tidak adil kepadanya, termasuk dalam hal namimah. Betapa banyak perbuatan namimah yang terjadi kerana timbulnya hasad di hati. Lebih dari itu, hendaknya kita tidak memendam hasad (kedengkian) kepada saudara kita sesama muslim. Hasad serta namimah adalah akhlak tercela yang dibenci Allah kerana dapat menimbulkan permusuhan, sedangkan Islam memerintahkan agar kaum muslimin bersaudara dan bersatu bagaikan bangunan yang kukuh.
Rasulullah saw bersabda, “Janganlah kalian saling mendengki, saling membenci, saling bermusuhan, dan janganlah kamu menjual barang serupa yang sedang ditawarkan saudaramu kepada orang lain, dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (HR. Muslim)

No comments:
Post a Comment