Tuesday, 17 February 2015

Adakah wang itu setia pada manusia?


Pak Yasin, seorang yg amat tinggi karismanya... tidak termakan akan rayuan dan sogokkan duniawi yg di tawarkan oleh tuan direktor Pak Jazuli...Pak Yasin mengukuhkan pendiriannya dengan berpegang teguh dengan tiang ugama... prinsip yang sebagusnya dijadikan ikutan..

Itulah kata-kata pak yasin apabila ditanyakan hal mengenai WANG....

Ketika membaca watak Pak Yasin.. membuat ku teringatkan seorang hamba Allah yang amat ku sayangi...

Wang boleh membelikan harta benda ... tapi wang tidak boleh membelikan atau memberikan kita bahagia...Hidup kita kadang kala dalam kesibukan mencari wang atau harta benda sehinggakan kita terlupa
akan sisa hidup yang sepatutnya kita habiskan untuk menyembah DIA....

Melalui novel ini, saya merasa amat tersentuh dengan prinsip kehidupan malah hamburan sindiran Pak Abuya Hamka melalui watak Pak Yasin...

“…iaitu tindasan majikan kepada buruh, buruh hanya sebagai alat perkakas untuk pengayakan majikan dan majikan memandang buruhnya tidak ada harga, kecuali untuk penambah kekayaannya. Tidak kecil hati bapa keadaan itu kalau terjadi di tanah lain. Tetapi kecil hati bapa kalau terjadi di tanah yang dikongkong keislaman ini”
Bacalah novel ini.. 



Sunday, 15 February 2015

“KEKAYAAN WANG TETAPI MISKIN DI DALAM SAHABAT HANDAI ADALAH KEMISKINAN SEJATI”



Kisah yang menarik dan membuatkan kita merenung sejenak diri sendiri dan akhirnya, fahamilah kata - kata peringatan dari Pak Abuya HAMKA.

“KEKAYAAN WANG TETAPI MISKIN DI DALAM SAHABAT HANDAI ADALAH KEMISKINAN SEJATI”


Cerita Pak Abuya "Tuan Direktor" yg sinonim dengan kisah kisah manusia di saat ini...

Ramai manusia yang sanggup menbuang rakan sahabat taulan semata-mata kerana gila pada harta...

Begitu yang terjadi kepada Haji Nawawi, Mas Karto dan Fauzi ... disingkirkan oleh Jazuli "Tuan Direktor" kerana taksub harta, kemuliaan dan penghormatan.. yg ghairah malah buta  dalam kegelapan harta.  Dikejar olehnya kekayaan harta dunia yang akhirnya miskin teman dan rakan taulannya. Yang berbaki hanyalah si kaki bodek, si 'burung kakak tua' dan si penjilat tapak kaki..


Jika ingin tahu kisah nya... bacalah




Wednesday, 11 February 2015

smiling is contagious too


U - TURN

SABAR ITU PADA PUKULAN PERTAMA, BUKAN KEDUA ATAU KETIGA~
Berdasarkan hadis Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melewati seorang wanita yang sedang menangis di sisi kuburan (dalam riwayat lain menangisi anaknya yang meninggal) Maka baginda berkata kepada wanita itu : "Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah."
Maka wanita itu berkata : "Engkau tidak merasakan apa yang kurasakan, karena engkau tidak mengalami musibah seperti musibahku".
Anas berkata : "Wanita itu tidak mengetahui bahwa yang menegurnya adalah Nabi". Lalu dikatakan kepadanya. "Yang menegurmu adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam".
Maka seperti kematian mengambilnya (wanita itu terkejut), segera dia mendatangi rumah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan dia tidak mendapatkan penjaga pintu di sisinya.
Wanita itu berkata : "Wahai Rasulullah tadi aku tidak mengenalimu".
Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pun bersabda : "Sesungguhnya sabar itu adalah pada pukulan pertama. " (Hadis Riwayat Muslim)
Sabar itu bukanlah selepas kita puas mengamuk, mencaci dan mencarut lalu tersedar dan segera mengurut dada lalu berkata : “Aku bersabar.”
Juga bukanlah sabar itu setelah kita puas menangisi kesedihan, meratap sayu dan mendendangkan lagu di hati dengan suara-suara pilu, keluh kesah, kesalan, kesedihan yang menyayat hati serta perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat lalu kemudian setelah puas menangis dan letih dengan apa yang dilakukan maka barulah kita pun berkata : “Sekarang aku akan bersabar.”
Bukan begitu, tetapi sabar itu ialah sewaktu awal-awal terkena pukulan ujian itu dan mampu menerimanya dengan redha.

Thursday, 18 April 2013

Sukakah kamu menjadi si pelaku NAMIMAH (menghasut dan mengadu domba)?


Sukakah kamu menjadi si pelaku NAMIMAH (menghasut dan mengadu domba)?

Namimah adalah memindahkan sebahagian perkataan orang lain kepada sebahagian yg

lainnya dgn maksud mencelakakan dan mengadu domba di antara mereka serta disulami dusta.

Bahaya lisan memang tidak ada habisnya.  Ada pepatah yang mengatakan “mulutmu adalah harimaumu”, ini menunjukkan betapa bahayanya lisan ketika kita tidak menjaganya. Dan nilai seseorang ada pada lisannya, nilainya akan baik jika lisannya baik, atau sebaliknya.

Sikap Terhadap Pelaku Namimah

Imam An-Nawawi berkata, “Dan setiap orang yang disampaikan kepadanya perkataan namimah, dikatakan kepadanya: “Fulan telah berkata tentangmu begini begini. Atau melakukan ini dan ini terhadapmu,” maka hendaklah ia melakukan enam perkara berikut:


1.     Tidak membenarkan perkataannya…. kerana tukang namimah adalah orang fasik.
2.     Mencegahnya dari perbuatan tersebut serta menasihatinya dan mencela perbuatannya.
3.     Membencinya kerana Allah, kerana ia adalah orang yang dibenci di sisi Allah. Maka wajib membenci  orang yang dibenci oleh Allah.
4.     Tidak berprasangka buruk kepada saudaranya yang diperkatakan negatif oleh pelaku namimah.
5.     Tidak mencari-cari aib saudaranya hanya kerana angkara pelaku namimah .
6.     Tidak membiarkan diri kita turut ikut melakukan namimah tersebut, sedangkan dirinya sendiri melarangnya. Janganlah ia menyebarkan perkataan namimah itu dengan mengatakan,“Fulan telah menyampaikan padaku begini dan begini.” Dengan begitu ia telah menjadi tukang namimah kerana ia telah melakukan perkara yang dilarang tersebut.”.
 Kita wajib membenci sipelaku namimah (penghasut), sebab Allah membenci penghasut. Oleh kerana itu, sifat si pelaku namimah tersebut harus dijelaskan kepada masyarakat agar mereka berhati-hati terhadap orang itu.Sebagaimana firman Allah Ta’ala, yang artinya, “Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela, yang kian kemari menghambur fitnah.” (QS. Al Qalam: 10-11)


Bagaimana Melepaskan Diri dari Perbuatan Namimah


Wahai saudara perempuanku, janganlah rasa tidak suka atau hasad kita pada seseorang menjadikan kita berlaku jahat dan tidak adil kepadanya, termasuk dalam hal namimah. Betapa banyak perbuatan namimah yang terjadi kerana timbulnya hasad di hati. Lebih dari itu, hendaknya kita tidak memendam hasad (kedengkian) kepada saudara kita sesama muslim. Hasad serta namimah adalah akhlak tercela yang dibenci Allah kerana dapat menimbulkan permusuhan, sedangkan Islam memerintahkan agar kaum muslimin bersaudara dan bersatu bagaikan bangunan yang kukuh.


Rasulullah saw bersabda, “Janganlah kalian saling mendengki, saling membenci, saling bermusuhan, dan janganlah kamu menjual barang serupa yang sedang ditawarkan saudaramu kepada orang lain, dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (HR. Muslim)


Berusaha dan bersungguh-sungguhlah untuk menjaga lisan dan menahannya dari perkataan yang tidak berguna, apalagi dari perkataan yang boleh membuat saudara kita  merasa sakit hati dan dizalimi. Bukankah mulut seorang mukmin tidak akan berkata kecuali yang baik.